Sunday, April 21, 2013

Warkah Buat Sahabatku Ahmad *******


Warkah ini dibuat adalah untuk meluahkan Perasaanku.Aku pasti,suatu hari nanti pasti kau akan membacanya,walaupun kau tidak mengetahui aku menulis warkah istimewa  ini untukmu.Biarlah warkah ini menjadi bahan bacaanku sendiri tanpa diketahui olehmu.


Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah ini.Tinggal berberapa minggu lagi kita akan berpisah menjalani kehidupan masing2.Kau akan terbang nun jauh di Mesir menggapai cita - citamu.


Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Are you still remember our silly pictures in your laptop? I've mine too and it just makes me wet in tears. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.



"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."
Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!
Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.


Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.
Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan untuk senyapmu itu. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.
Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.
Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memaafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.
Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekatnya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, walaupun kita berada dari jarak yg jauh.





 

No comments:

Post a Comment