Saturday, April 30, 2011

RIADAH DI TASIK DARUL AMAN

                                                            























Alhamdulillah, petang tadi sempat beriadah bersama kawan di Tasik Darul Aman. Akhirnya dapat melepaskan keinginan untuk berkayak.  Dalam hati,teringin sangat. Alhamdulillah, hari ini dapat berkayak juga.

Berkayak ni ada teknik-teknik dia. Masa kayak tadi,  kawan aku ni  dah memang berpengalaman dalam kayak,kiranya ok la,dapat tunjuk ajar dia. Macam mane nak kayuh pendayung tu, macam mane nak belok kanan,kiri, macam mane nak berhenti, nak undur belakang..huhu..semuanya memerlukan teknik, ada cara-cara dia, kalau tak, mungkin akan terbalik dan mandilah kami dalam tasik yang harum tu. Sangat seronok dan banyak yang kelakar,biasalah pengalaman pertama. Lepas ni, nak ajak kawan-kawan lain pula berkayak.


Dalam berkayak pun,ada cara-cara dan tekniknya, apatah lagi dalam kehidupan ni, Allah dah tetapkan pelbagai peraturan untuk kita hidup bahagia dan aman.


Analoginya beginilah, jika nak dikaitkan dengan berkayak. Pengkayak (ops,betul ke?? apa2 jela) kita anggapkan sebagai manusia dan kayak itu adalah kehidupan kita. Seorang pengkayak (pelik je) mestilah mendayung kayaknya dengan betul untuk sampai ke tempatnya, kalau tak, kayak tu akan ke tepi tebinglah, lalu bawah halanganlah, terkebelakanglah dan kemungkinan kayak akan terbalik juga. Sebabnya,nak berkayak ni bukan main hentam je, kalau tak,kayak tu tak bergerak dan hanya mengikut arus air. Sepanjang masa berkayak, memang banyak masalah, kita akan bertembung dengan kayak orang lain dan macam-macam lagi. Tetapi akhirnya, kita kan sampai kehujung tapi semuanya dengan keadaan yang berbeza dengan kawan-kawan lain, ada yang basah kuyup, ada yang mandi, ada yang tak basah langsung.

Begitulah juga sebagai manusia,kita perlu berhati-hati membawa perjalanan hidup ini. Yang hakikatnya, kita menuju Ilahi. Mungkin di tengah perjalanan tersebut banyak halangan dan dugaan tapi akhirnya kita akan sampai dengan cara yang berbeza dengan orang lain, ada yang sampai dengan membawa amalan-amalan, ada yang membawa bebanan dosa, ada yang membawa hutang yang tak dilunaskan dan macam-macam lagi.















Harap-harapnya,semua boleh faham dengan analogi yang tiba-tiba muncul ni.







No comments:

Post a Comment