MAKLUMAT CARA APPLY BELAJAR DI UNIVERSITI
ISLAM MADINAH.
- Sediakan Foto berwarna terbaru ukuran ( 4 x 6 )
( Foto dengan tanpa kaca mata,tanpa
penutup kepala,dan dengan
background putih )
- Buat Passport Antarabangsa
Benda yang perlu dibawa masa buat
passport :
- MYKAD
- FOTOSTAT MYKAD (depan belakang,sehelai sahaja)
- GAMBAR BERUKURAN PASSPORT ( 2 keping,background biru)
- NO SURAT BERANAK ( memudahkan pengisian borang)
- INFO MENGENAI KETINGGIAN PEMOHON ( memudahkan pengisian borang)
Bayaran
untuk passport adalah seperti berikut :
- RM 100.00 untuk 2 tahun
- RM 300.00 untuk 3 tahun
- Buat Surat Sir Suluk ,di Wisma Putera
Permohonan boleh dibuat secara atas
talian di laman web kementerian Luar Negeri : http://www.kln.gov.my
dan klik : e – konsular di bawah perkhidmatan dalam talian.
Borang permohonan yang lengkap
diisi hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen – dokumen sokongan (2)
minggu dari terikh permohonan.
Dokumen yang
diperlukan adalah seperti berikut :
·
Dua
salinan borang permohonan Sijil kelakuan baik yang telah dilengkapkan
·
Dua
salinan kad pengenalan disahkan
·
Dua
salinan passport disahkan yang mengandungi butiran dan tandatangan pemohon
·
Dua
keping gambar berukuran passport
·
Dua
salinan akuan bersumpah ( BAYARAN RM 5.00)
Yuran Proses untuk Sijil kelakuan baik ( RM 20.00 )
ALAMAT : Bahagian konsular,kementerian Luar Negeri, Wisma
Putra,
No.1 Jalan Wisma Putra,Presint 2,62602 Putrajaya.
- Terjemah SIJIL SPM, SURAT BERANAK dan SIJIL KELAKUAN BAIK ke bahasa arab Institut terjemahan Negara,Wangsa Maju.
Masa yang diambil untuk menterjemah minimum ( 3) hari
bekerja.
Bayaran : RM 190.00
ALAMAT : Institut
terjemahan dan buku Malaysia,Wisma ITBM , No 2,Jalan 2 / 27 E Seksyen 10,
Wangsa Maju ,53300 Kuala Lumpur
No tel : 603 – 41497210
- Siap SIJIL SPM , SURAT BERANAK yang telah diterjemah dalam bahasa arab, sila cop kedua – dua sijil tersebut di Putrajaya ,WISMA PUTRA.
Satu cop sijil dikenakan RM 10.00 –
siap satu hari waktu bekerja sahaja.
- Lepas Cop di WISMA PUTRA Putrajaya ,sila cop SIJIL SPM dan SURAT
BERANAK itu pula di BANGUNAN WISMA
CHINESE CHAMBER, ada kedutaan Saudi
Arabia dalam tu. Kedua – dua sijil itu mesti
di cop atas pengesahan keduaan Saudi Arabia baru sijil itu valid disisi
Universiti Islam Madinah dan lain – lain universiti di Saudi.
Perhatian (1) :
Waktu / Hari pejabat :
Isnin – Jumaat
Pagi 9.00 AM – 12.30 PM ( waktu
hantar sijil untuk dicop)
Petang 2.00 PM – 3.30 PM ( waktu
ambil sijil yang telah siap dicop)
Perhatian ( 2) :
Sebelum pergi, sila buat
bankdraft dimana – mana bank area KL
atas nama ROYAL EMBASSY OF SAUDI ARABIA.Pastikan ejaan betul.Pihak kedutaan
hanya mahu menerima bayaran melalui bankdraft.
Cas bayaran: Satu cop sijil RM
30.00 ,jadi 2 sijil RM 60.00
- Dapatkan borang MEDICAL REPORT di kedutaan Saudi Arabia masa dapatkan
Cop itu.Lepastu buat medical check
up yang ringkas sahaja dari mana – mana klinik dan hospital.
Kenapa ringkas ??? sebab belum
confirm dapat ,dan takut mahal dan mahu meminimumkan bayaran.Bincang dengan
doktor ya.
Andaikata diterima belajar
nanti,student dikehendaki buat semula medical check up .( yang ni jangan fikir
lagi ).
- Dapatkan tazkiah / recomendation sekurang – kurangnya dua orang bekas pelajar
Universiti Islam Madinah.Contoh :
Dr Abdul Basith dan Uztaz Husni.
- Sila layari http://www.iu.edu.sa/Pages/default.aspx dan isi semua dalam borang
dan scan semua dokumen diatas dan
save di website universiti tersebut.
No comments:
Post a Comment